Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 45 bas bawa 600 pesakit setiap hari, bakal ditambah kepada 60 bas

May 13, 2020 | 5:27 PM
79327917-228b-4239-940e-c13040e84f98
-

Sekitar 45 bas kini digunakan untuk membawa sehingga 600 pesakit Covid-19 setiap hari, dengan jumlah bas dijangka ditambah kepada 60 dalam beberapa minggu akan datang.

Pada Rabu (13 Mei) Kementerian Kesihatan (MOH) berkata bas-bas ini telah digunakan untuk membawa pesakit dari hospital dan dormitori pekerja asing ke kemudahan jagaan masyarakat (CCF), seperti di Singapore Expo.

Tempat seperti itu adalah bagi pesakit yang didapati berada dalam keadaan sihat dan tidak lagi memerlukan jagaan kesihatan terperinci, atau pesakit baru yang menunjukkan simptom ringan dan tidak memerlukan rawatan perubatan menyeluruh.

Bas-bas itu disediakan oleh MOH, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Buat masa ini, menurut MOH, antara 400 dengan 600 pesakit Covid-19 dibaw oleh bas yang disewa dari Lentor Ambulance dan pengendali bas komersial lain.

Lima bas disediakan oleh pengenndali pengangkutan awam SMRT. Ia telah bekerjasama dengan beberapa pertubuhan untuk mengubahsuai 20 bas bagi membawa pesakit Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg