Covid-19: 45 kes baru, 1 kes dalam masyarakat, 1 kes di dormitori

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 45 kes baru, 1 kes dalam masyarakat, 1 kes di dormitori

Apr 27, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: 45 kes baru, 1 kes dalam masyarakat, 1 kes di dormitori

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
2622289e-a6c2-4a47-b1f3-14fa4e0deea4
-

SEBANYAK 45 kes baru Covid-19 dilaporkan di Singapura hingga 12 tengah hari semalam, menjadikan kes jangkitan koronavirus itu berjumlah 61,051 di sini.

Satu daripada kes baru ialah jangkitan dalam masyarakat dan satu kes dari dormitori pekerja migran, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Baki 43 kes adalah kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setiba mereka di Singapura.

Kelmarin, terdapat 40 kes yang dilaporkan dan kesemuanya adalah kes import.

Antaranya adalah dua warga Singapura, 10 Penduduk Tetap (PR) dan enam pembantu rumah migran.

Ia juga termasuk lima kanak-kanak berusia antara empat dengan sembilan tahun.

Daripada 40 kes itu, tiga kes tidak menunjukkan simptom.

Tiada kes masyarakat dan pekerja migran dari dormitori yang dilaporkan.

Sebanyak 33 kes keluar hospital kelmarin, menjadikannya sejumlah 60,647 yang telah pulih.

Seramai 94 pesakit masih di hospital, 220 sedang pulih di kemudahan masyarakat dan satu masih kritikal di unit jagaan rapi.

Singapura mengalami 30 kematian akibat komplikasi Covid-19, sementara 15 yang diuji positif meninggal dunia atas sebab lain.

Di peringkat global, wabak yang menular sejak Disember 2019 itu telah menjangkiti lebih 146 juta orang dan meragut lebih 3.1 juta nyawa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg