Topik diikuti
Pergi ke BHkuCovid-19: 5 kes baru dalam kalangan masyarakat, paling rendah sejak 10 Mei
Covid-19: 5 kes baru dalam kalangan masyarakat, paling rendah sejak 10 Mei
SEHINGGA 12 tengah hari Isnin (7 Jun), Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan lima kes jangkitan Covid-19 baru dalam kalangan masyarakat yang kesemuanya berkait dengan kes sebelum ini dan sudah dikuarantin.
Ia adalah dalam kalangan 14 kes jangkitan koronavirus baru dengan baki sembilan kes merupakan kes import. Semua kes import ini sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dengan lima daripada mereka merupakan warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang ke sini.
Berdasarkan rekod MOH, Isnin (7 Jun) merupakan hari dengan jumlah jangkitan masyarakat paling rendah dilaporkan sejak 10 Mei di mana tiga kes masyarakat dikesan.
Sejak itu, kes masyarakat menimbulkan keprihatinan dengan Singapura mengumumkan Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) beroperasi antara 16 Mei dengan 13 Jun.
Dalam pada itu, tiada kes dormitori baru dikenal pasti.