Topik diikuti
Pergi ke BHkuCovid-19: 5 kes baru termasuk 2 dalam masyarakat, tiada kes di dormitori
SHINTARO TAY
Oct 14, 2020 | 4:48 PM
Covid-19: 5 kes baru termasuk 2 dalam masyarakat, tiada kes di dormitori
SEBANYAK lima kes Covid-19 baru disahkan di Singapura hingga tengah hari Rabu (14 Okt), menjadikan jumlah 57,889 kes di sini sejauh ini.
Ini terdiri daripada dua kes dalam masyarakat dan tiga kes yang diimport yang telah dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH). Tiada kes dari asrama pekerja asing dilaporkan. Maklumat lanjut akan diumumkan malam nanti.