SEBANYAK enam kes Covid-19 baru disahkan hingga tengah hari Khamis (10 Dis), menjadikan jumlah 58,297 kes di Singapura sejauh ini.
Kesemuanya adalah kes yang diimport dan telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini, kata Kementerian Kesihatan (MOH). Tiada kes dalam masyarakat atau kes di asrama pekerja asing dilaporkan. Maklumat lanjut akan diumumkan malam nanti. MOH juga berkata lelaki berusia 83 tahun yang didapati positif Covid-19 pada Rabu ketika di atas kapal persiaran Quantum of the Seas milik Royal Caribbean telah disahkan negatif pada Khamis.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg