SEHINGGA 12 tengah hari tadi (Rabu, 26 Ogos), Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan 60 kes jangkitan baru Covid-19 di Singapura.

Dalam kenyataannya, MOH menambah terdapat tiga kes masyarakat melibatkan seorang warga Singapura dan dua pemegang pas kerja.

Seramai 10 kes import yang telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus tiba di Singapura juga dikenal pasti.