TUJUH kes Covid-19 baru disahkan hingga 12 tengah hari Isnin (5 Oktober), menjadikan jumlah 57,819 jangkitan di Singapura sejauh ini. Ini termasuk satu kes dalam masyarakat, dan lima kes dari asrama pekerja, kata Kementerian Kesihatan (MOH). Satu kes yang diimport turut dilaporkan dan pesakit itu telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Maklumat lanjut akan diumumkan malam nanti.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg