Covid-19: 8 daripada 17 kes import baru pemegang permit kerja

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 8 daripada 17 kes import baru pemegang permit kerja

Mar 14, 2021 | 10:38 PM

Covid-19: 8 daripada 17 kes import baru pemegang permit kerja

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Foto FAIL
Foto FAIL -

SEBAHAGIAN besar daripada 17 kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti pada Ahad (14 Mac) iaitu seramai lapan orang merupakan pemegang permit kerja yang tiba ke Singapura dari Bangladesh, India, Myanmar dan Filipina.

Dalam kenyataannya pada Ahad malam, Kementerian Kesihatan (MOH) menjelaskan seorang daripada lapan pemegang permit kerja itu merupakan pembantu rumah asing.

Empat kes pula adalah pemegang pas tanggungan dari Perancis, India dan Nepal manakala seorang pemegang pas lawatan jangka panjang pula tiba dari India.

Satu kes pula melibatkan pemegang pas pelajar dari India. Satu kes pula pemegang pas kerja dari Nepal.

Dalam pada itu, baki dua kes melibatkan pemegang pas lawatan jangka pendek. Salah seorang daripada mereka tiba dari Filipina bagi mengunjungi saudara-maranya di Singapura. Seorang lagi pula tiba dari India bagi melawat seorang anggota keluarganya yang bekerja di Singapura.

Semua kes ini sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Tiada kes masyarakat atau dormitori dikesan pada Ahad.

Sementara itu, MOH menambah tujuh lagi kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Sebanyak 17 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.

MOH turut menyenaraikan kedai makan Komala Vilas di Serangoon Road, Toast Box di Bugis Junction dan Kelab Masyarakat Sengkang sebagai antara tempat yang dikunjungi kes Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg