Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 8 kes tenat, 6 belum jalani vaksinasi atau terima 1 suntikan saja

Aug 6, 2021 | 9:44 PM
Foto REUTERS/EDGAR SU
Foto REUTERS/EDGAR SU -

DARIPADA sejumlah 577 kes Covid-19 yang dimasukkan ke hospital dengan jangkitan akut sehingga Khamis (5 Ogos), lapan daripada mereka sakit tenat di Unit Jagaan Rapi (ICU).

Dalam pada itu, daripada lapan kes ini, enam daripada mereka belum menjalani vaksinasi atau baru mendapat suntikan pertama lantas tidak memiliki perlindungan imun secukupnya, kata pengarah khidmat perubatan Singapura, Profesor Madya Kenneth Mak, pada Jumaat.

Dua kes pula sudah meraih vaksinasi penuh.

Lapan orang ini berusia antara 38 dengan 90 tahun.

"Setiap kes ini mempunyai berbilang keadaan perubatan yang membuatkan mereka lebih terdedah pada mendapat jangkitan teruk," jelas Profesor Mak dalam sidang akhbar yang diadakan pasukan bertindak berbilang kementerian tentang Covid-19.

Menurutnya, mereka mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit ginjal, penyakit jantung dan sepsis atau keadaan yang diakibatkan bakteria memudaratkan.

Menurutnya, pesakit tertua adalah kontak isi rumah kes Covid-19 lain lantas mudah bagi jangkitan berlaku antara anggota keluarga dalam situasi sesebuah isi rumah.

Terdapat 40 lagi pesakit yang berada di katil yang diasingkan dalam wad umum hospital yang memerlukan sokongan oksigen.

Daripada jumlah ini, 35 belum menjalani vaksinasi atau baru menerima satu suntikan manakala lima yang lain sudah menerima vaksinasi penuh.

Mereka berusia antara 49 dengan 75 tahun.

Mereka, jelas Profesor Mak, juga mempunyai pelbagai penyakit lain, lantas mudah dijangkiti teruk oleh virus berkenaan.

Mengenai kes melibatkan kanak-kanak pula, beliau berkata terdapat 89 kes melibatkan individu di bawah usia 12 tahun yang sudah dijangkiti dan sedang dijaga di hospital. Lagi 35 kanak-kanak pula berada di kemudahan jagaan masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg