Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengesahkan 83 kes jangkitan Covid-19 baru di Singapura sehingga 12 tengah hari, Jumaat (14 Ogos).
Dalam kenyataannya, MOH mendedahkan bahawa berdasarkan siasatan mereka sehingga kini, Singapura tidak menyaksikan kes dalam masyarakat pada Jumaat.
Terdapat empat kes diimport yang telah diperintah menjalani Notis Jangan Keluar Rumah setibanya mereka di Singapura.
Baki kes lain, kebanyakannya melibatkan pemegang permit kerja yang sedang menjalani kuarantin.
Butiran terperinci akan diumumkan lewat nanti.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg