SEBANYAK 897 kes baru jangkitan Covid-19 dilaporkan di Singapura sehingga 12 tengah hari tadi, dengan kebanyakannya melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH), jumlah itu juga termasuk 13 warga dan penduduk tetap (PR) Singapura.
Ini bermakna terdapat 12,075 kes jangkitan Covid-19 di Singapura sejauh ini.
Butiran lanjut akan didedahkan kelak.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg