Topik diikuti
Pergi ke BHkuCovid-19: 9 kes baru; 7 import; 1 masyarakat; 1 di dormitori
Oct 30, 2020 | 4:08 PM
Covid-19: 9 kes baru; 7 import; 1 masyarakat; 1 di dormitori
KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan sembilan kes jangkitan Covid-19 baru sehingga 12 tengah hari Jumaat (30 Oktober).
Dalam kalangan kes tersebut merupakan dua kes jangkitan tempatan - satu dalam masyarakat dan satu lagi di dormitori.
Baki tujuh kes diimport dengan kesemuanya sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura.