Topik diikuti
Pergi ke BHkuCovid-19: 9 kes baru termasuk 1 di dormitori; tiada kes dalam masyarakat
Oct 16, 2020 | 5:39 PM
Covid-19: 9 kes baru termasuk 1 di dormitori; tiada kes dalam masyarakat
KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan satu kes jangkitan baru Covid-19 yang tersebar di Singapura.
MOH, dalam kenyataannya pada Jumaat (16 Oktober), menjelaskan bahawa kes ini menetap di dormitori. Dalam pada itu, tiada kes baru dalam masyarakat.
Selain itu, terdapat lapan kes import yang kesemuanya sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura.
Keseluruhannya, MOH mengesan sembilan kes baru Covid-19 di Singapura.