SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: Beberapa bengkel kenderaan diarah ditutup

Covid-19: Beberapa bengkel kenderaan diarah ditutup

Apr 28, 2020 | 9:35 AM

Covid-19: Beberapa bengkel kenderaan diarah ditutup

Beberapa bengkel kenderaan diberi notis sehingga 48 jam untuk tutup akibat langkah yang dipertingkat untuk membendung penularan Covid-19 di Singapura.
Beberapa bengkel kenderaan diberi notis sehingga 48 jam untuk tutup akibat langkah yang dipertingkat untuk membendung penularan Covid-19 di Singapura. - Foto Fail

BUKAN kedai gunting rambut dan minuman 'bubble tea' sahaja yang terjejas akibat langkah yang dipertingkat untuk membendung penularan Covid-19 di Singapura.

Bahkan, beberapa bengkel kenderaan turut diberi notis sehingga 48 jam untuk tutup. Ini termasuk bengkel yang sebelum ini mendapat kebenaran untuk terus buka, lapor akhbar The Straits Times. Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menarik perhatian peraturan baru yang membatalkan kebenaran yang diberi sebelum ini kepada bengkel kenderaan untuk terus beroperasi bagi kerja pembaikan kecemasan dan servis kenderaan yang digunakan bagi perkhidmatan penting. Menurut MTI, langkah itu berdasarkan keputusan mengurangkan pergerakan orang ramai untuk mencegah penularan koronavirus itu. Namun difahamkan, sesetengah bengkel diizinkan terus beroperasi. Ketua eksekutif Inchcape Singapore and Greater China, Cik Jasmmine Wong, berkata operasi Suzuki dan Toyota syarikat itu tidak terjejas dengan peraturan tersebut. "Setiap kerja yang kami lakukan, kami dapatkan pengesahan bahawa ia diluluskan sebelum meneruskannya," ujarnya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg