ANTARA 13 kes import Covid-19 baru yang dilaporkan pada Khamis (24 Dis), dua kes melibatkan warga Singapura dan penduduk tetap (PR) yang masing-masing tiba di sini dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Warga Singapura itu kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.
Lagi lapan kes pula melibatkan pemegang permit kerja dari Indonesia, India, Filipina dan Sri Lanka termasuk tujuh pembantu rumah asing, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis malam.
Baki tiga kes merupakan dua pemegang pas pelajar dan seorang pemegang pas tanggungan yang tiba di sini dari India.
MOH menambah, kesemua kes tersebut telah diperintah jalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setiba mereka di Singapura dan diuji positif semasa menjalani SHN.
Namun tiada kes di kesan dalam masyarakat dan di dormitori. Sementara itu, lagi 10 pesakit yang bebas Covid-19 telah diizin keluar hospital atau kemudahan masyarakat.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah pulih seramai 58,332 orang.
Namun 36 pesakit masih dirawat di hospital manakala 98 diasingkan di kemudahan masyarakat.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg