Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Denda $300 bagi duta jarak selamat tidak pakai pelitup semasa bertugas di tempat awam

Apr 18, 2020 | 5:08 PM
e4e7f623-4dd3-477e-9613-5274953eeba8
-

SEORANG duta jarak selamat didenda $300 kerana tidak memakai pelitup semasa melakukan pemeriksaan di sebuah pusat beli-belah.

Gambar beliau tidak memakai pelitup telah disebar di medial sosial.

Menjawab pertanyaan media, Enterprise Singapore (ESG) berkata pada Sabtu (18 April) bahawa ia telah mengerahkan duta jarak selamat itu untuk mengadakan pemeriksaan di pusat beli-belah.

Siasatannya menunjukkan lelaki itu telah pergi ke tandas pada tempoh rehat dan terlupa memakai pelitup selepas meninggalkan tandas. Gambar itu diambil sejurus selepas beliau keluar dari tandas, kata ESG.

Gambar duta jarak selamat yang tidak memakai pelitup itu diambil di pusat beli-belah White Sands di Pasir Ris pada Rabu, dan dimuat naik ke Facebook oleh pengguna Daniel Wong.

Duta jarak selamat itu, yang dilihat berbual-bual dengan seorang lagi duta yang memakai pelitup telah memakai pelitupnya selepas diingatkan supaya berbuat demikian oleh duta lain.

ESG berkata ia menganggap perkara itu serius dan telah mengenakan amaran tegas kepada duta itu, selain denda $300.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg