Covid-19 di SG: Empat jangkitan masyarakat antara 40 kes baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19 di SG: Empat jangkitan masyarakat antara 40 kes baru

Jan 21, 2021 | 5:30 AM

Covid-19 di SG: Empat jangkitan masyarakat antara 40 kes baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
42cb514e-7668-4c92-b934-1a311d023547
-

SEBANYAK 40 kes baru Covid-19 dilaporkan di Singapura hingga 12 tengah hari semalam, menjadikan jangkitan koronavirus itu di sini berjumlah 59,197.

Empat daripadanya kes dalam masyarakat, umum Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.

Baki 36 kes import yang semuanya telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau kuarantin setiba mereka di Singapura.

Tiada kes melibatkan pekerja asing di dormitori.

Kelmarin, isteri dan rakan serumah seorang warga China berusia 33 tahun yang diuji positif Covid-19 pada 16 Januari, juga diuji positif bagi koronavirus itu, sekali gus membentuk satu kelompok tempatan baru.

Kedua-dua warga China itu adalah pemegang pas pekerja yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dan dikuarantin sejak Jumaat lalu.

Mereka diuji positif bagi Covid-19 Ahad lalu.

Wanita itu berusia 48 tahun dan bekerja sebagai pekerja pemprosesan makanan di Soon Lee Heng Satay Foodstuff Manufacturer di Woodlands Loop.

Sementara itu, rakan serumahnya - lelaki berusia 31 tahun - adalah rakan sekerja kes sebelum ini di Golden Bridge Foods Manufacturing di Senoko.

Pengumuman kelompok baru itu menyusuli amaran pada Isnin lalu oleh pengerusi bersama pasukan bertindak menangani Covid-19, Menteri Pendidikan Lawrence Wong, bahawa langkah pencegahan tambahan mungkin diperlukan memandangkan jumlah jangkitan dalam masyarakat semakin meningkat.

Ini kelompok tempatan kedua yang ditemui dalam beberapa minggu lalu.

MOH juga melaporkan terdapat satu lagi kes yang dapat dikaitkan dengan kelompok pembantu doktor haiwan, menjadikan kes dalam kelompok itu berjumlah tujuh.

Kes terbaru itu melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun, iaitu anak pegawai pentadbir dan isterinya yang sebelum ini diuji positif bagi Covid-19.

Murid Sekolah Rendah Chua Chu Kang itu kali terakhir pergi ke sekolah Jumaat lalu.

Dia dikenal pasti sebagai kontak rapat pasangan itu dan dikuarantin esoknya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg