Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19 di S'pura: 16,689 kes baru; 13 kes kematian

Feb 16, 2022 | 11:25 PM
Foto BH oleh GAVIN FOO
Foto BH oleh GAVIN FOO -

JUMLAH kes Covid-19 yang dilaporkan pada Rabu (16 Februari) turun sebanyak 2,731 kes kepada 16,689 kes, jelas Kementerian Kesihatan (MOH) dalam maklumat terkininya mengenai virus berkenaan.

Pada Selasa, sebanyak 19,420 kes dilaporkan - tertinggi sejak pandemik melanda Singapura pada Januari 2020.

Jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital juga turun kepada 1,352 kes daripada 1,355 kes sehari sebelum ini.

Buat 12 hari berturut-turut, bilangan yang dimasukkan ke hospital melebihi 1,000 kes.

Terdapat 35 pesakit di dalam Unit Jagaan Rapi (ICU), dengan sejumlah 153 kes memerlukan sokongan oksigen. Jumlahnya meningkat daripada 140 kes pada Selasa.

MOH juga menambah terdapat 13 kes kematian pada Rabu.

Daripada 16,689 kes tempatan yang dilaporkan, 12,714 kes dikesan menerusi ujian pantas antigen (ART), bererti pesakit tidak menampakkan tanda jangkitan atau tandanya ringan.

Lagi 3,975 kes pula dikenal pasti menerusi ujian reaksi rantaian polymerase (PCR).

Terdapat 194 kes import baru dengan 141 kes dikesan menerusi ujian PCR dan 53 kes pula dikenal pasti melalui ART.

Kadar pertumbuhan jangkitan Covid-19 mingguan pula adalah 1.29, turun daripada 1.34 pada hari sebelumnya.

Kadar ini merujuk pada nisbah kes masyarakat bagi minggu sudah, mengatasi minggu sebelumnya. Kadar lebih daripada satu menunjukkan jumlah kes Covid-19 baru secara mingguan kian meningkat.

Sehingga Rabu, Singapura melaporkan sejumlah 514,880 kes Covid-19 dan 926 kematian.

Sekitar 94 peratus penduduk Singapura yang layak telah lengkap divaksin manakala 64 peratus penduduk pula telah menerima suntikan penggalak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg