Topik diikuti
Pergi ke BHkuCovid-19 di S'pura: 4,985 kes baru; jumlah kes meningkat berbanding 2,389 kes sehari sebelumnya
Covid-19 di S'pura: 4,985 kes baru; jumlah kes meningkat berbanding 2,389 kes sehari sebelumnya
Covid-19 di S'pura: 4,985 kes baru; jumlah kes meningkat berbanding 2,389 kes sehari sebelumnya
BILANGAN kes Covid-19 baru yang dilaporkan di Singapura bertambah kepada 4,985 kes pada Selasa (31 Mei), jelas Kementerian Kesihatan (MOH) di laman rasminya.
Angka ini lebih seganda daripada 2,389 kes yang dilaporkan pada Isnin (30 Mei) tetapi kurang daripada jumlah kes pada Selasa lalu (24 Mei) iaitu 5,727 kes yang dilaporkan.
Jumlah kes setiap Selasa biasanya lebih tinggi daripada hari lain sepanjang minggu kerana ia menggambarkan tambahan jangkitan selepas hujung minggu apabila lebih ramai orang keluar ke pelbagai lokasi sosial.
Terdapat 330 kes Covid-19 yang dirawat di hospital pada Selasa, dengan 11 pesakit kini di unit jagaan rapi manakala 38 kes yang lain memerlukan sokongan oksigen.
Tiga orang meninggal dunia kerana Covid-19, kata MOH.
Terdapat 4,774 kes baru tempatan.
Daripada kes baru ini, 429 kes dikesan menerusi ujian reaksi rantaian polymerase (PCR).
