Topik diikuti
Pergi ke BHkuCovid-19: DPPMS ingin kumpul data niaga dari rumah demi cari huraian
Covid-19: DPPMS ingin kumpul data niaga dari rumah demi cari huraian
DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) berkata pihaknya masih berbincang dengan pihak berkuasa untuk mencari penyelesaian mengenai isu perniagaan dari rumah semasa tempoh pemutus litar ini.
Dalam satu kenyataannya pada Isnin (27 April), Presiden DPPMS, Encik Farid Khan, berkata untuk mempermudahkan perbincangan itu, DPPMS akan mengumpul data mengenai perniagaan dari rumah itu.
"Kami ingin bekerjasama dengan peniaga perniagaan dari rumah agar mereka dapat menghantar butiran yang relevan ke portal pengumpulan maklumat DPPMS," katanya.
Maklumat itu boleh dihantar di lamatn /bit.ly/SMCCI-HomeBasedData.
Laman itu akan diaktifkan pada 28 April 2020, 9 pagi hingga 30 April pukul 11.59 malam.