AGENSI Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) telah mengarahkan sebuah tajaka di Hougang untuk ditutup dari Isnin (6 April) hingga 15 April, selepas seorang guru diuji positif mengalami Covid-19.
Menurut Ecda, pendidik yang menyediakan program bagi kanak-kanak di Sparkletots Yayasan Masyarakat PAP (PCF) di Blok 414 Hougang Avenue 10 itu dilihat berada di pusat itu pada Rabu (1 April) dan menunjukkan simptom pada hari selanjutnya.
Penutupan pusat itu merangkumi tempoh inkubasi Covid-19 selama 14 hari bermula Rabu lalu.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg