Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Empat pegawai RSAF disahkan positif, telah ke Perancis untuk tugas rasmi

Mar 11, 2020 | 9:42 PM
Tiga antara empat pegawai RSAF yang disahkan positif menghidap koronavirus kini sedang dirawat di NCID sementara seorang lagi dirawat di Hospital Khoo Teck Puat. - Foto: FAIL.
Tiga antara empat pegawai RSAF yang disahkan positif menghidap koronavirus kini sedang dirawat di NCID sementara seorang lagi dirawat di Hospital Khoo Teck Puat. - Foto: FAIL. -

EMPAT pegawai sepenuh masa Pasukan Angkatan Udara Republik Singapura, telah disahkan menghidap penyakit koronavirus setelah pulang dari tugas rasmi di Perancis baru-baru ini, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan pada Rabu (11 Mac).

Menurut kenyataan itu, empat askar RSAF itu telah ke Marseille, Perancis dari 15 Februari hingga 7 Mac untuk tugas rasmi dan kemudian telah pulang ke Singapura pada 8 Mac di mana mereka mula menunjukkan simptom jangkitan Covid-19.

Mereka disahkan positif selepas menjalani pemeriksaan dan disifatkan Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai kes 165, 169, 173 dan 175.

Tiga antara mereka kini dirawat di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) sementara seorang lagi dirawat di Hospital Khoo Teck Puat.

Semua pegawai RSAF itu tidak memasuki pejabat masing-masing setelah kembali ke Singapura.

Lagi dua pegawai RSAF sepenuh masa yang terlibat dalam tugas serupa di Perancis juga telah pulang ke Singapura, namun kini sedang dikuarantin di rumah kerana mereka berhubungan rapat dengan empat pegawai yang disahkan positif itu.

Mindef mengatakan bahawa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), kini telah mengurangkan latihan di luar negara memandangkan keadaan wabak Covid-19 dan akan menyesuaikan latihan dengan sewajarnya.

Semua kakitangan SAF di Singapura dan di luar negara telah diarah untuk mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengasingkan diri untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg