Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Geran sekali $500 bagi penjaja makanan yang dapatkan khidmat penghantar makanan selepas tempoh putus litar berkuat kuasa, dari 7 April hingga 31 Mei

Apr 18, 2020 | 5:37 PM
Seorang pegerai menjual nasi beriani di pusat jaja makanan Geylang Serai.
Seorang pegerai menjual nasi beriani di pusat jaja makanan Geylang Serai. - Zaleha Abdul Kader

GERAN sekali $500 akan diberikan kepada pemilik gerai di pusat penjaja di sini yang menggunakan khidmat penghantar makanan antara 7 April dengan 21 Mei 2020, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Penjaja yang memohon bagi khidmat penghantaran makanan sebelum 7 April layak menerima geran itu, tambah NEA, yang mengendalikan pusat penjaja di Singapura.

Bantuan tambahan ini sebahagian usaha menghulur bantuan kepada penjaja makanan yang terjejas akibat langkah jarak selamat dipertingkat - bermula 7 April - yang melarang pelanggan makan di pusat jaja makanan atau di tempat makanan dan minuman (F&B) lain makan di sana. Sebaliknya, semua pelanggan perlu 'bungkus' dan bawa pulang makana mereka.

Dalam kenyataannya pada 18 April, NEA berkata geran ini bertujuan membantu penjaja membiayai kos mendapatkan khidmat penghantaran dan kos lain yang berkaitan khidmat penghantaran makanan.

Pemilik gerai yang berminat mendapatkan geran itu perlu menyerahkan dokumen perjanjian dengan penyedia khidmat penghantaran makanan serta sebarang bukti tempahan makanan yang dibuat menerusi khidmat itu dalam tempoh antara 7 April dengan 31 Mei kepada nea_hpg@nea.gov.sg.

Menurut NEA, ia akan memberikan $500 itu kepada pemohon selepas ia membuat pengesahan yang sewajarnya.

Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air) Dr Amy Khor berkata:

"Ramai penjaja makanan masih belum menggunakan khidmat penghantaran makanan dan tidak boleh memanfaatkan permintaan yang bertambah dalam tempoh pemutus litar ini dan dijangka terus meningkat di masa depan. Kami berharap lebih ramai pihak awam boleh menikmati makanan kegemaran mereka dengan menggalakkan penjaja makanan menyediakan khidmat penghantaran makanan kepada pelanggan mereka menerusi pendanaan sekali ini."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg