SEBUAH hostel di Lavender Street merupakan tempat penginapan pertama di Singapura yang didenda kerana melanggar peraturan yang diperluas minggu lalu untuk mengekang penularan virus Covid-19.
Hostel Gap Year didenda $2,000 kerena gagal mencatatkan rekod seharian tetamu mereka yang keluar dari premis itu, kata Enterprise SG dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (17 April).
Semua hostel, rumah tetamu dan rumah penginapan harus menyimpan rekod seharian itu dibawah Akta (Langkah Sementara) Covid-19 yang dibentangkan pada 7 April lalu.
Rangkaian restoran nasi lemak Crave juga didenda $1,000 kerana gagal melaksanakan langkah jarak selamat di cawangannya Lot One Shoppers' Mall.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg