Topik diikuti
Pergi ke BHkuCovid-19: Kadar guna ICU berkurang ke 58.8%

Covid-19: Kadar guna ICU berkurang ke 58.8%
KADAR penggunaan keseluruhan unit jagaan rapi (ICU) di Singapura telah berkurang mencapai 58.8 peratus kelmarin, daripada 62.6 peratus pada Rabu.
Kadar tersebut mencecah 70.2 peratus pada 4 November lalu, walaupun jumlah bilangan katil di ICU berbeza-beza dalam tempoh ini - antara 398 dengan 430.
Selain itu, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 adalah pada 0.90 kelmarin, meningkat sedikit daripada 0.89 pada Rabu.
Angka yang kurang daripada 1.0 mencerminkan bilangan kes Covid-19 berkurangan.
Terdapat 2,038 jangkitan Covid19 baru dilaporkan kelmarin, turun daripada 3,474 kes sehari sebelumnya.
Kes baru terdiri daripada 1,964 dalam masyarakat 67 pekerja migran di dormitori dan tujuh kes import.
Kes dalam masyarakat termasuk 294 pesakit berusia 60 tahun dan ke atas.
Enam orang berusia antara 57 dengan 84 tahun maut akibat komplikasi Covid-19. Kesemuanya ada masalah kesihatan lain, kata MOH. Jumlah kematian kini 625.
Terdapat 1,435 pesakit di hospital, dengan 226 memerlukan sokongan oksigen di wad umum dan 53 pesakit tidak mantap dan dipantau dengan teliti di ICU.
Seramai 60 pesakit dalam keadaan kritikal di ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah keseluruhan Covid-19 di Singapura kini adalah 246,853.
Antara kelompok Covid-19 yang dipantau rapat oleh MOH adalah rumah penjagaan Jenaris di Pelangi Village dengan enam kes baru, membawa jumlah kes ke 70. Dua adalah kakitangan sementara 68 adalah penghuni.
Tajaka Iman di Woodgrove juga menambah dua kes baru, kini dengan jumlah 36 kes.
Prasekolah Safari House di Toa Payoh juga menambah satu kes membawanya ke 19 kes.
Sejauh ini, 85 peratus penduduk telah divaksinasi sepenuhnya, 86 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 22 peratus belum menerima suntikan penggalak