Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Kakitangan GovTech, 4 pekerja pembersihan antara kes baru dalam masyarakat

May 28, 2021 | 12:23 AM
Foto TANGKAP LAYAR GOOGLE MAPS/FAIL
Foto TANGKAP LAYAR GOOGLE MAPS/FAIL -

DUA kes baru dalam kalangan 14 kes masyarakat yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (27 Mei) tiada kaitan dengan kes terdahulu.

Dalam kenyataannya, MOH berkata dua kes ini terdiri daripada:

1. Wanita Singapura berusia 43 tahun yang bekerja di Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech).

2. Lelaki Singapura berusia 67 tahun yang merupakan seorang pesara.

Dalam pada itu, satu-satunya kes baru di dormitori juga tiada kaitan dengan kes sebelum ini.

Kes itu merupakan warga Bangladesh berusia 42 tahun yang bertugas dengan syarikat Teng Feng Engineering Pte Ltd di tapak perusahaan Harvest @ Woodlands (280 Woodlands Industrial Park E5).

Beliau menetap di Woodlands Lodge 2 (190 Woodlands Industrial Park E7). Menurutnya, beliau tidak berinteraksi dengan lima kes sebelum ini yang menetap di Harvest @ Woodlands.

Pekerja ini sudah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 yang pertama pada 14 Mei.

Sementara itu, empat pekerja pembersihan juga merupakan antara kes baru dalam kalangan masyarakat yang dikesan MOH pada Khamis.

Salah seorang daripadanya bekerja di Sekolah Rendah Henry Park dan dikaitkan dengan kelompok Pacific Law Corporation yang kini mempunyai tujuh kes.

Lelaki berusia 76 tahun itu yang sudah mendapatkan dua suntikan vaksin juga adalah anggota keluarga tiga kes sebelum ini yang sudah dikuarantin pada 22 Mei.

Baki tiga pekerja pembersihan bertugas bagi Hong Ye Group di Changi Business Park yang berkaitan dengan kelompok pekerja pembersihan Hong Ye Group yang kini mempunyai enam kes.

Menurut MOH, jumlah kelompok aktif kini mencecah 34 dengan dua kelompok baru (setiap satu dengan tiga kes) terbentuk. Yang pertama berkaitan dengan jurutera Patec manakala yang kedua pula berkaitan dengan jurutera Tektronix Southeast Asia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg