Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kakitangan hotel kendali individu SHN akan diuji setiap 14 hari: Lawrence Wong

Jan 4, 2021 | 6:06 PM
 Insiden di hotel Mandarin Orchard telah menunjukkan bahawa risiko penularan Covid-19 masih boleh berlaku meskipun langkah pengurusan selamat telah pun diterapkan. -
Insiden di hotel Mandarin Orchard telah menunjukkan bahawa risiko penularan Covid-19 masih boleh berlaku meskipun langkah pengurusan selamat telah pun diterapkan. - - FOTO: ARIFFIN JAMAR

SEMUA kakitangan hotel yang mempunyai interaksi dengan individu yang sedang menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) akan diperlukan menjalani rejim ujian rutin yang dijadual. Kakitangan tersebut akan diuji bagi Covid-19 setiap dua minggu, kata Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong, di Parlimen pada Isnin (4 Jan).

Encik Wong berkata, dengan melakukan demikian, ia akan menawarkan satu lagi lapisan langkah berjaga-jaga di hotel yang turut digunakan sebagai kemudahan SHN.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan menteri, lapor akhbar The Straits Times (ST). Merujuk kepada insiden di hotel Mandarin Orchard, Encik Wong berkata ia menunjukkan bahawa risiko penularan Covid-19 masih kekal ada, meskipun langkah pengurusan selamat telah diterapkan.

Katanya, walaupun pihak penguasa tidak mengesan sebarang pelanggaran protokol keselamatan semasa insiden tersebut, siasatan mendapati bahawa protokol jangkitan boleh diperbaiki, seperti dengan menerapkan langkah kawalan perhimpunan orang ramai yang lebih baik.

"Sistem aliran udara juga boleh diperbaiki untuk membolehkan pengedaran lebih banyak udara yang segar. Kami akan terus bekerjasama dengan teliti bersama hotel SHN untuk memastikan protokol pencegahan jangkitan kekal teguh," kata Encik Wong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg