SERAMAI 50 kanak-kanak dan remaja di Singapura telah dijangkiti virus Covid-19, dengan sekitar separuh daripada mereka masih dirawat di hospital.
Antara mereka adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang telah dirawat selama 29 hari di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) selepas diuji positif virus itu pada 24 Mac lalu .
Difahamkan, ibu bapa budak perempuan itu juga disahkan positif dan telah dibenarkan pulang pada awal bulan ini. Kedua-dua mereka adalah kes import yang telah kembali dari Amerika Syarikat
Dari sejumlah 50 kanak-kanak dan remaja di sini yang telah dijangkiti, lapan dari mereka berusia satu tahun ke bawah, sementara 15 lagi berusia antara satu hingga enam tahun.
Sebanyak 22 pesakit berusia antara tujuh dan 12 tahun, manakala terdapat tujuh pesakit yang berumur 13 hingga 16 tahun.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg