KEBANYAKAN pesawat Singapore Airlines (SIA) tidak akan terbang pada Mei sedang ia melanjutkan pembatalan penerbangannya - dikurangkan sekitar 96 peratus - sebagai tindak balas terhadap wabak Covid-19 yang berterusan. Ini adalah lanjutan satu bulan kepada pembatalan penerbangan meluas yang diumumkan pada hujung Mac. SIA pada Isnin (20 April) berkata ia akan terus terbang ke hanya 15 bandar, seperti Bangkok, Los Angeles dan Frankfurt. Ia juga meningkatkan sedikit kekerapan penerbangan di beberapa laluan. Sementara itu, satu lagi syarikat penerbangan Singapura, Jetstar Asia, pada Isnin berkata ia akan buat sementara waktu menyambung penerbangan ke Manila, Bangkok dan Kuala Lumpur pada Selasa (21 April). Awal bulan ini ia berkata ia akan menggantung semua penerbangannya hingga 19 Mei.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg