Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Kes tunggal dalam masyarakat libatkan pemegang pas lawatan jangka pendek

Nov 5, 2020 | 10:39 PM
Singapura mencatatkan tujuh kes jangkitan Covid-19 baru pada 5 November 2020; 1 kes dalam masyarakat dan enam diimport.
Singapura mencatatkan tujuh kes jangkitan Covid-19 baru pada 5 November 2020; 1 kes dalam masyarakat dan enam diimport. - - FOTO: GAVIN FOO

KES jangkitan Covid-19 tunggal dalam masyarakat pada Khamis (5 Nov) melibatkan pemegang pas lawatan jangka pendek yang isterinya Penduduk Tetap (PR) Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH). Lelaki warga India, 39 tahun, itu tiba di Singapura pada 11 Oktober lalu dari Amerika Syarikat, dan diarah menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Dalam kenyataannya pada Khamis malam, MOH berkata lelaki itu mulanya diuji negatif semasa menjalani SHN di kemudahan khusus.

Namun pada 30 Oktober lalu, beliau menghidap demam dan telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik umum dan didiagnos menghidap denggi.

Bagaimanapun, lelaki itu kemudian mengalami simptom jangkitan pernafasan akut (ARI) sebelum menjalani ujian Covid-19 pada 2 November.

Beliau dibawa ke hospital apabila keputusan ujian mendapati beliau positif Covid-19 pada 4 November.

MOH berkata secara keseluruhan Singapura mencatatkan tujuh kes jangkitan baru pada Khamis.

Baki enam kes merupakan kes import melibatkan mereka berusia antara dua tahun dengan 61 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan dari Indonesia, India, Iran, Filipina dan UAE.

Seramai 11 pesakit Covid-19 telah diizin keluar dari hospital atau kemudahan pengasingan menjadikan jumlah pesakit yang bebas penyakit itu mencecah 57,949 orang.

Terdapat 40 pesakit pula masih di hospital manakala 26 kes menerima penjagaan di kemudahan masyarakat.

Sementara itu, Pusat OCBC di Raffles Place dan sebuah restoran di Tampines merupakan antara tempat dikunjungi pesakit koronavirus semasa mereka masih berjangkit, kata MOH.

Restoran Al-Hussain di 822 Tampines Street 81 itu dikunjungi pesakit tersebut antara 28 Oktober 11.30 malam dengan 29 Oktober 1.45 pagi, manakala cawangan Pusat Bank OCBC dikunjungi pada 30 Oktober antara 3 dengan 4.30 petang.

Kededua tempat ini baru ditambah MOH dalam senarai tempat yang dikunjungi pesakit dalam kalangan masyarakat setempat semasa mereka masih berjangkit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg