Covid-19: Ketegangan antara majikan, amah asing meningkat
Premium
Covid-19: Ketegangan antara majikan, amah asing meningkat
May 19, 2020 | 5:30 AM
PERGESERAN: Pembantu rumah warga asing di rumah tumpangan Pertubuhan Kemanusiaan untuk Ekonomi Migran (Home) meraikan Hari Buruh baru-baru ini. Kemudahan sebegini terpaksa membataskan jumlah penghuni disebabkan arahan jarak selamat. - Foto fail -
KETEGANGAN antara majikan dengan pembantu rumah asing (FDW) semasa pandemik Covid-19 didapati meningkat, menurut Persatuan Pembantu Rumah Warga Asing untuk Sokongan dan Latihan Sosial (Fast).
Akhbar The New Paper (TNP) semalam melaporkan, pertubuhan itu mendedahkan baru-baru ini bahawa jumlah kes pelarian yang diterimanya dalam dua bulan terakhir meningkat dua kali ganda, dari 13 pada Mac hingga 29 pada April.

