KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) pada Selasa (31 Mac) telah mengesahkan 47 kes Covid-19 baru di sini, termasuk 31 jangkitan setempat.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan 926 kes.
Sejumlah 31 kes baru merupakan kes setempat, termasuk 13 kes yang boleh dijejaki kepada kelompok jangkitan atau pesakit yang telah dikenal pasti. Sumber lagi 18 kes belum dikenal pasti.
Pengarah Khidmat Perubatan Kementerian Kesihatan (MOH) Profesor Madya Kenneth Mak berkata, beberapa trend jangkitan telah muncul dari beberapa kes yang berhubung kait, seperti mereka yang menghadiri perhimpunan sosial, atau pergi ke tempat kerja atau hidup serumah.
Sejumlah 420 kes yang masih dirawat di hospital setempat, dengan 22 di dalam Unit Jagaan Rapi (ICU). Tiga kematian dilaporkan sejauh ini.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg