LAGI 528 kes baru Covid-19 telah dilaporkan di Singapura pada Khamis (30 April) menjadikan jumlah keseluruhan 16,169.
Enam warga Singapura dan penduduk tetap antara pesakit baru dan ini adalah hari ketujuh bilangan jangkitan harian berada di bawah 1,000.
Pekerja asing yang tinggal di dormitori terus merangkumi kebanyakan kes baru.
Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata ia akan memberikan perincian lanjut pada malam nanti.
Sehingga Rabu, 13,354 atau 4.1 peratus daripada 323,000 pekerja asing yang tinggal di dormitori telah diuji positif bagi Covid-19.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg