Covid-19: Lagi 632 kes dikesan, 9 warga S'pura, penduduk tetap
Covid-19: Lagi 632 kes dikesan, 9 warga S'pura, penduduk tetap
May 5, 2020 | 3:30 PM
JUMLAH KECIL: Hanya 17 pembantu rumah asing dijangkiti koronavirus sejauh ini dan belum ada kes jangkitan disebabkan hubungan pekerja asing. - Fail
Lagi 632 kes Covid-19 telah dikesan di Singapura, kebanyakannya pekerja asing yang tinggal di dormitori.
Sembilan kes baru melibatkan warga Singapura dan penduduk tetap, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Selasa (5 Mei).
Sejumlah 18,778 kes kini telah dikesan di Singapura.
Menurut MOH, ia sedang menyiapkan perincian kes-kes ini dan akan berkongsi keterangan lanjut menerusi kenyataan akhbar pada malam Selasa.

