Topik diikuti
Pergi ke BHkuCovid-19: Lelaki batuk di muka orang lain antara 8 dituduh di mahkamah
SEORANG lelaki yang dituduh sengaja batuk dua kali di muka seorang lelaki lain di cawangan Singapore Post di Tampines Central 6 dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat (15 Mei).
Vijayan Pillay Sandarasegaran, 41 tahun, dituduh menyebabkan gangguan dan mengganggu kententeraman orang ramai, lapor The Straits Times (ST).
Vijayan antara lapan orang yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan berkait Covid-19.
Lagi tujuh orang yang dihadapkan ke mahkamah pada 15 May ialah Permjit Singh Khazan Singh, Arvinish N. Ramakrishnan, Cheng Fengzhao, Tan Han Yong, Wong Teck Chye, Yee Choon Wah dan Kumaran Roy Rajendran.
Kesemuanya , kecuali Tan, Arvinish dan Cheng adalah warga Singapura.
