Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Lelaki ditangkap, dituduh di mahkamah selepas tepis tangan duta jarak selamat 

Apr 18, 2020 | 1:43 PM
0b1c19f3-b22d-4b26-908a-03687bed8977
-

Seorang lelaki telah ditangkap kerana melanggar undang-undang dengan menggunakan kekerasan untuk mengadang seorang pegawai awam yang sedang melakukan tugasnya.

Ini selepas beliau disyaki menepis tangan seorang duta jarak selamat apabila beliau dinasihatkan supaya tidak berkeliaran di tempat itu.

Encik Jayseelan Ramachandran, 39 tahun, juga sedang disiasat atas dua lagi kes menyebabkan kecederaan dan melanggar tindakan jarak selamat Covid-19, kata polis pada Sabtu (18 April).

Pada 12 April, polis menerima panggilan mengenai pertelingkahan antara seorang duta jarak selamat dengan seorang lelaki di Hougang Avenue 8.

Siasatan awal menunjukkan lelaki itu telah menepis tangan duta jarak selamat itu, menyebabkan telefon bimbitnya terjatuh, apabila pegawai itu menasihatkannya supaya tidak berkeliaran di tempat itu.

Lelakit itu difahami meninggalkan tempat itu selepas kejadian itu.

Namun, pegawai polis dari Divisyen Polis Ang Mo Kio mengenal pasti lelaki itu dan menangkapnya pada Jumaat.

Jayseelan dijadual dituduh menggunakan kekerasan yang keterlaluan untuk mengadang pegawai awam daripada melaksanakan tugasnya. di mahkamah pada Sabtu, Jika sabit kesalahan, Jayseelan boleh dipenjara sehingga empat tahun, didenda atau kededuanya sekali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg