Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Lelaki S'pura ingin mengaku salah langgar tempoh pengasingan

Apr 24, 2020 | 5:18 PM
INGKAR PERATURAN: Tay Chun Hsien diperintah Pengarah Perkhidmatan Perubatan untuk mengasingkan diri di dalam rumah flatnya di Choa Chu Kang dari 19 Mac hingga tengah hari 22 Mac. - FOTO: SHIN MIN DAILY NEWS.
INGKAR PERATURAN: Tay Chun Hsien diperintah Pengarah Perkhidmatan Perubatan untuk mengasingkan diri di dalam rumah flatnya di Choa Chu Kang dari 19 Mac hingga tengah hari 22 Mac. - FOTO: SHIN MIN DAILY NEWS. -

SEORANG lelaki hadir di mahkamah hari ini setelah dia didakwa keluar dari rumah 30 minit sebelum tempoh pengasingannya berakhir sewaktu wabak koronavirus ini.

Warga setempat, Tay Chun Hsien, 22 tahun, didakwa melanggar peraturan di bawah Akta Penyakit Berjangkit, lapor The Straits Times (ST).

Dokumen mahkamah menunjukkan dia diperintah Pengarah Perkhidmatan Perubatan untuk mengasingkan diri di dalam rumah flatnya di Choa Chu Kang dari 19 Mac hingga tengah hari 22 Mac.

Tay didakwa kerana tidak hadir di rumahnya dari 11.30 pagi hingga tengah hari pada hari terakhir tempoh pengasingannya itu.

Dokumen mahkamah tidak mengatakan sebabnya dia harus diasingkan dan di mana telah dia pergi setelah keluar dari rumah,

Tay, yang tidak diwakili berkata, dia ingin mengaku salah atas tuduhan itu dan akan hadir di mahkamah lagi pada 29 April.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg