Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: MOH benarkan vaksin Sinovac menerusi sektor jagaan kesihatan privet

Jun 2, 2021 | 10:47 PM
6b4c4915-c3d5-45c5-b5bf-bfef0a0b6e48
- AFP

VAKSIN Covid-19 Sinovac akan dibenarkan di bawah Laluan Akses Khas (SAR), kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (2 Jun).

Ini menyusuli pengumuman Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang pada Selasa berkata ia telah meluluskan penggunaan Sinovac di bawah Senarai Penggunaan Kecemasan.

Menjawab pertanyaan The Straits Times, MOH berkata berdasarkan pengumuman terkini itu, produk Sinovac akan dibenarkan di bawah SAR.

Namun, oleh kerana vaksin buatan China itu tidak termasuk dalam program nasional, mereka yang memilih untuk menggunakan vaksin ini tidak layak bagi Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP) jika mengalami sebarang kesan tidak diingini selepas menerima vaksin tersebut.

MOH berkata kia akan memberikan butiran lanjut dalam beberapa hari lagi, mengenai cara institusi jagaan kesihatan privet boleh memohon lesen bagi menawarkan Sinovac kepada pihak awam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg