Topik diikuti
Pergi ke BHkuCovid-19: MOH lapor 548 kes baru, 3 warga S'pura/PR
Kemudahan Swab dan Pengasingan (SIF) di Tuas Recreation Centre (RC). - FOTO: MARK CHEONG -
May 24, 2020 | 3:49 PM
KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) pada Ahad (24 Mei), mengesahkan seramai 548 kes jangkitan Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan di sini mencecah 31,616 kes jangkitan sehingga kini.
Dalam kenyataan awalnya, MOH berkata, dalam bilangan baru itu, tiga kes melibatkan warga setempat/penduduk tetap (PR), sementara kebanyakannya melibatkan pekerja asing yang tinggal di dormitori.
MOH akan mendedahkan perincian lanjut kemudian.
