Semua pemegang permit kerja dan pemegang pas-S dalam sektor binaan yang tidak tinggal di dormitori akan diberikan Notis Duduk Di Rumah (SHN) untuk memastikan mereka tidak berinteraksi dengan pekerja asing yang tinggal di dormitori.
Dalam kenyataannya pada Sabtu (18 April), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata tindakan itu adalah langkah pencegahan dan memastikan tiada hubungan lanjut antara kededua kumpulan pekerja asing itu selama dua minggu.
Menurut MOM, usaha jejak kontak yang dijalankan menunjukkan bahawa jangkitan Covid-19 antara pekerja asing banyak berlaku di tapak binaan, walau jumlah pekerja asing yang dijangkiti Covid-19 kebanyakannya tinggal di dormitori.
"Justeru, bilangan kes yang dikesan dalam kalangan pekerja yang tinggal di luar dormitori adalah rendah. Semua yang dijangkiti dan kontak dekat mereka telah diasingkan," kata MOM.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg