Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Pekerja Bangladesh tidak lagi di ICU

Apr 17, 2020 | 8:46 AM
-

SEORANG pekerja asing warga Bangladesh yang menjadi pesakit Covid-19 ke-42 di Singapura, yang sebelum ini dilaporkan bertarung nyawa, telah dipindahkan ke wad biasa selepas berada lebih dua bulan di unit jagaan rapi.

Menurut catatan Pusat Pekerja Asing (MWC) di Facebook semalam, pesakit berusia 39 tahun itu tidak lagi mendapatkan bantuan pernafasan atau ditenangkan.

"Beliau berupaya bernafas dengan sendiri dan memerlukan bantuan terapi pertuturan sebagai sebahagian daripada proses pemulihannya," menurut pertubuhan bukan pemerintah itu.

Lelaki berkenaan pertama kali melaporkan gejala pada 1 Februari dan dimasukkan ke Hospital Besar Changi (CGH) pada 7 Februari. Beliau didapati positif keesokan harinya.

Bersama-sama empat lelaki warga Bangladesh lain, lelaki kes ke-42 ini adalah diantara sekumpulan pertama pekerja asing yang disahkan positif koronavirus. Mereka dikaitkan dengan kelompok di Seletar Aerospace Heights di mana mereka bekerja bagi meluaskan kemudahan pengeluar aeroangkasa Bombardier Aviation.

Pada 7 Mac, keempat-empat lelaki telah sembuh dan dibenarkan pulang.

Kes ke-42 telah menjalani tempoh rawatan kedua paling lama di hospital selain seorang warga Singapura berusia 64 tahun yang dimasukkan ke wad sehari sebelumnya.

Sejak kemasukan ke hospital, pesakit kes ke-42 terus berada dalam keadaan tenat di unit jagaan rapi (ICU) disebabkan kerumitan akibat Covid-19.

Beliau kekal di ICU walaupun didapati bebas dari virus itu dan dipindah keluar dari CGH ke Pusat Nasional Penyakit Berjangki (NCID) pada lewat Mac.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh sebelum ini berkata, pekerja itu mengalami masalah pernafasan dan ginjal, selain paru-paru berair, sebelum dijangkiti virus berkenaan.

Semasa beliau tidak sedarkan diri, isterinya telah melahirkan seorang anak lelaki pada 30 Mac lalu.

MWC dalam catatannya berkata, ia memantau kes pesakit ke-42 itu dan rapat dengan keluarga dan majikannya.

"Kami telah berhubung dengan keluarga dan majikannya berkenaan perkembangan yang menggembirakan ini dan boleh menyatakan semua pihak sangat gembira.

"Bagi pihak keluarga dan majikan, MWC ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi ucap selamat dan penyumbang atas doa dan sumbangan mereka sepanjang beliau dirawat di hospital.

"Terutamanya, kami sangat terangsang dengan semangat waja kes ke-42 sepanjang tempoh ini dan kami mengucapkan tahniah kepadanya kerana berjaya mengharungi keadaan dan kian pulih," kata MWC.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg