SEDANG 22 kes jangkitan Covid-19 baru dalam kalangan masyarakat ada kaitan dengan kes sebelum ini, lapan daripadanya tiada kena-mengena dengan kes yang telah dilaporkan.
Demikian jelas Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Jumaat malam (21 Mei).
Lapan daripada kes tiada kaitan yang dikesan menerusi pengawasan adalah:
1. Lelaki Singapura berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pekerja pembersihan syarikat Hong Ye Group Pte Ltd dan ditugaskan ke kawasan perusahaan Changi Business Park.
2. Lelaki warga India berusia 29 tahun yang bertugas sebagai pegawai jualan di pusat penyedia khidmat kelas yoga, Platinum Yoga. Beliau melalui ujian Covid-19 yang ditawarkan kepada pengunjung pusat beli-belah Westgate dengan hasil ujian positif.
3. Remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang tidak bertugas.
4. Lelaki Singapura berusia 34 tahun yang bekerja sebagai teknisyen di Singapore Refining Company Pte Ltd.
5. Wanita Singapura berusia 28 tahun yang merupakan suri rumah.
6. Lelaki warga Malaysia berusia 27 tahun yang bekerja sebagai pemandu pengiriman bagi IVIC Logistic Pte Ltd dan McDonald's (Bedok Reservoir).
7. Wanita Singapura berusia 20 tahun yang masih menuntut di Universiti Nasional Singapura (NUS) dan bekerja sambilan sebagai kakitangan jualan di Hijabville. Beliau menjalani ujian swab buat mereka yang mengunjungi Westgate.
8. Lelaki Singapura berusia 40 tahun yang bertugas sebagai pegawai operasi di kedai daging 'gourmet' The Meatery.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg