Covid-19: Pembelajaran dari rumah buat sekolah rendah hingga 7 Okt; tuisyen beralih dalam talian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Pembelajaran dari rumah buat sekolah rendah hingga 7 Okt; tuisyen beralih dalam talian

Sep 24, 2021 | 7:34 PM

Covid-19: Pembelajaran dari rumah buat sekolah rendah hingga 7 Okt; tuisyen beralih dalam talian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Foto BH oleh GAVIN FOO
Foto BH oleh GAVIN FOO -

PEMBELAJARAN dari rumah akan dilanjutkan sehari hingga 7 Oktober bagi semua sekolah rendah dan pendidikan khas, umum pasukan bertindak berbilang kementerian pada Jumaat (24 September).

Memandangkan Hari Kanak-Kanak disambut pada 8 Oktober, tempoh belajar dari rumah akan dilanjutkan kepada dua minggu penuh, jelas pengerusi bersama pasukan bertindak itu dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.

Ini bererti pelajar akan kembali ke sekolah pada Isnin, 11 Oktober.

"Kami melakukannya buat dua minggu dan kemudian kami akan menyemaknya bagi menentukan sama ada ia harus diteruskan atau tidak," kata Encik Wong.

Lanjutan ini adalah langkah tambahan untuk berjaga-jaga dalam keadaan kes Covid-19 yang meningkat.

Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian juga berkata ia adalah bagi melindungi kanak-kanak kecil yang belum lagi dibenarkan secara perubatan bagi menerima vaksinasi.

Kementerian Kesihatan (MOE) sebelum ini mengumumkan pembelajaran dari rumah akan berlangsung dari 27 September hingga 6 Oktober.

Menurut pasukan bertindak itu lagi, institusi pendidikan swasta akan juga melaksanakan pembelajaran dari rumah buat semua pelajar berusia 12 tahun ke bawah mulai 27 September hingga 10 Oktober.

Bagaimanapun, khidmat prasekolah di institusi pendidikan swasta dibenarkan untuk kekal dibuka.

Pada masa yang sama, kelas tuisyen dan pengayaan buat pelajar berusia 12 tahun ke bawah harus dikendalikan secara dalam talian. Jika tidak, ia perlu digantung.

Sedang pusat prasekolah, tadika MOE, KCare Services dan pusat jagaan pelajar kekal dibuka, ibu bapa digalakkan memberitahu anak-anak mereka agar berada di rumah jika boleh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg