PEMERINTAH akan terus membantu pekerja setempat yang hilang pekerjaan akibat Covid-19 untuk mendapatkan pekerjaan baru, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Beliau berkata demikian dalam satu pos di Facebook di mana beliau turut berkongsi sebuah video oleh Agensi Tenaga Kerja Singapura .
Video itu memaparkan kisah tiga individu yang terjejas akibat Covid-19 - seorang lulusan baru, seorang pekerja di pertengahan kerjaya, dan seorang peniaga, yang mendapat sokongan WSG untuk membangkit semula dalam tempoh yang mencabar ini.
"Pandemik Covid-19 telah menggugat ekonomi (Singapura) dengan beberapa industri terjejas lebih teruk daripada yang lain.
"Kita mungkin tidak berupaya menyelamatkan semua pekerjaan tetapi kita akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan sebanyak yang mungkin," kata beliau, sebelum menggesa pemohon kerja dan perniagaan mendapatkan butiran mengenai program dan khidmat yang ditawarkan WSG.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg