Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Pengendali gerai Pusat Tekka antara enam kes baru

Nov 28, 2020 | 3:58 PM
UJIAN PEMANTAUAN COVID-19 SAHKAN KES TEMPATAN: Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengesahkan satu kes jangkitan tempatan Covid-19 baru melibatkan pengendali gerai di Pusat Tekka. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
UJIAN PEMANTAUAN COVID-19 SAHKAN KES TEMPATAN: Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengesahkan satu kes jangkitan tempatan Covid-19 baru melibatkan pengendali gerai di Pusat Tekka. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

SEHINGGA 12 tengah hari Sabtu (28 November), Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengesahkan satu kes jangkitan tempatan Covid-19 baru melibatkan pengendali gerai di Pusat Tekka.

Menurut MOH dalam kenyataannya, kes itu yang merupakan antara enam kes baru dikatakan dikesan daripada ujian pemantauan masyarakat yang dikendalikan ke atas pengendali gerai di dalam dan sekitar Pusat Tekka pada 26 November.

Ujian serologi bagi mengesan antibodi dalam darah yang dijalani wanita itu mengesahkan statusnya sebagai positif Covid-19 lantas memberi gambaran kemungkinan wujud jangkitan sebelumnya.

Tiada kes dormitori dikesan, tambah MOH.

Sungguhpun begitu, terdapat lima kes import dengan kesemuanya diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg