Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Penghuni Woodlands Care Home dijangkiti; rumah jagaan orang tua kini ditutup sepenuhnya, kata AIC

Apr 14, 2020 | 12:40 AM
Penghuni Woodlands Care Home itu kini dirawat di Hospital Khoo Teck Puat.
Penghuni Woodlands Care Home itu kini dirawat di Hospital Khoo Teck Puat. - FAIL ST

Covid-19: Penghuni Woodlands Care Home dijangkiti koronavirus, pusat jagaan kini akan ditutup sepenuhnya, kata AIC

SEORANG penghuni rumah jagaan warga emas Woodlands Care Home antara kes baru yang diumumkan pada Isnin (13 April), kata Agensi Jagaan Bersepadu (AIC) dalam kenyataannya.

Menurut AIC, penghuni itu kini dirawat di wad pengasingan di Hospital Khoo Teck Phuat.

Jurucakap AIC berkata pihak berkuasa sedang menjejak kontak penghuni itu dan individu yang dipastikan berhubungan rapat dengannya akan dikuarantin.

Pusat Jagaan Orang Tua di Woodlands Care Home, yang dikendalikan oleh Vanguard Healthcare, kekal dibuka semasa tempoh pemutus litar ini untuk menjaga penghuni yang tiada pilihan jagaan lain.

Namun, ia kini akan ditutup, kata AIC.

Vanguard Healthcare ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) dan MOH Holdings pada 2015 untuk mengendalikan rumah jagaan orang tua.

Sebanyak 386 kes baru dilaporkan oleh MOH pada Isnin, dengan 280 kes melibatkan pekerja asing di asrama pekerja.

Lagi 94 kes belum dikenal pasti sumbernya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg