Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Pengikut agama Buddha laksana upacara menerusi internet pada Hari Vesak

May 7, 2020 | 9:27 AM
UPACARA DALAM TALIAN: Pengurus Kuil Encik Bryal Long dilihat sedang berucap menerusi pautan video di kuil Thekchen Choling pada 6 Mei 2020. - FOTO: ARIFFIN JAMAR
UPACARA DALAM TALIAN: Pengurus Kuil Encik Bryal Long dilihat sedang berucap menerusi pautan video di kuil Thekchen Choling pada 6 Mei 2020. - FOTO: ARIFFIN JAMAR -

KEBELAKANGAN ini, penganut agama Buddha, seperti agama lain di Singapura, telah menyesuaikan cara mereka melakukan persembahan keagamaan, seperti sesi bertakafur dan amalan sembahyang secara dalam talian sedang pemerintah melarang perhimpunan agama di tempat menunaikan ibadah bagi menyekat penyebaran koroavirus di sini.

Oleh itu, Kuil Buddha serta kumpulan pengikut agama itu telah meneroka cara yang inovatif untuk meneruskan amalan kerohanian mereka dalam beberapa hari menjelang Hari Vesak pada Khamis (7 Mei) bagi memperingati Guatama Buddha, lapor The Straits Times (ST).

Secara tradisi, para pengikut agama Buddha akan mengunjungi kuil pada Hari Vesak untuk upacara seperti berdikir, menunduk hormat dan memandikan patung Buddha dan beberapa langkah lagi.

Ekoran langkah pemutus rantaian jangkitan yang dilanjutkan hingga 1 Jun, kuil-kuil setempat tidak dibenarkan menganjur kegiatan Hari Vesak seperti biasa.

Para pengikut yang ingin menawarkan persembahan di kuil Thekchen Choling misalnya, boleh mendaftar akaun dalam talian dengan kuil Tibetan Buddhist untuk membuat pembayaran bagi barang sembahyang.

Tawaran persembahan ini dilaksanakan pengikut agama itu untuk mendedikasikan jasa baik kepada diri mereka sendiri atau orang yang tersayang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg