Topik diikuti
Pergi ke BHkuCovid-19: Lebih ramai pekerja dibenar kembali ke tempat kerja
Covid-19: Lebih ramai pekerja dibenar kembali ke tempat kerja
Covid-19: Lebih ramai pekerja dibenar kembali ke tempat kerja
PERATURAN jarak selamat akan dilonggarkan dan lebih banyak aktiviti akan dibolehkan untuk disambung semula dalam beberapa minggu akan datang memandangkan jumlah kes Covid-19 dalam masyarakat kekal rendah, kata Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, pada Rabu (23 September).
Lebih ramai pekerja pula akan dibenarkan kembali ke tempat kerja, namun langkah pengurusan selamat perlu diterapkan dan majikan digalakkan untuk melaksanakan langkah seperti waktu kerja fleksibel dan waktu melaporkan diri ke tempat kerja secara selang seli.
Majikan juga perlu memastikan pekerja dapat terus bertugas dari rumah sekurang-kurangnya selama separuh tempoh kerja mereka, dan tidak lebih daripada separuh bilangan pekerja dibolehkan berada di tempat kerja pada setiap masa.
Perjalanan luar negara bagi urusan perniagaan penting juga akan dibenarkan untuk mereka yang bertugas sebagai eksekutif kanan dan mempunyai tanggungjawab serantau atau antarabangsa menerusi skim perintis baru.
Di bawah percubaan itu, sejumlah pas akan diberikan menerusi agensi-agensi ekonomi Singapura dan mereka yang akan melaksanakan perjalanan luar negara harus mematuhi "jadual perjalanan terkawal yang ketat".
Apabila mereka pulang, mereka akan diberi pilihan untuk menjalani ujian Covid-19 selain menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dengan mengasingkan diri sehingga menerima keputusan ujian itu.
Acara di tempat kerja, seperti seminar, retreat korporat dan mesyuarat agung tahunan juga dibenarkan untuk disambung semula, selagi langkah jarak selamat dilaksanakan.
Bagaimanapun, acara berkaitan kerja di tempat luar tetap dilarang buat masa ini.
