Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Peraturan pakai pelitup dilonggar, hanya perlu di pengangkutan awam, tempat jagaan kesihatan mulai 29 Ogos

Aug 24, 2022 | 10:59 AM
PERATURAN PELITUP DILONGGAR: Orang ramai tidak perlu memakai pelitup di tempat tertutup lagi mulai 29 Ogos kecuali ketika menaiki pengangkutan awam atau semasa berada di tempat penjagaan kesihatan.
PERATURAN PELITUP DILONGGAR: Orang ramai tidak perlu memakai pelitup di tempat tertutup lagi mulai 29 Ogos kecuali ketika menaiki pengangkutan awam atau semasa berada di tempat penjagaan kesihatan. - - Foto LIM YAOHUI

ORANG ramai tidak perlu memakai pelitup di tempat tertutup lagi mulai Isnin (29 Ogos).

Mengumumkan demikian dalam satu sidang media pagi tadi (24 Ogos), Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, yang juga pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19, berkata orang ramai bagaimanapun harus terus memakai pelitup semasa menaiki pengangkutan awam seperti bas dan MRT.

Orang ramai juga harus terus memakai pelitup di tempat penjagaan kesihatan seperti klinik dan hospital serta rumah jagaan.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, yang juga pengerusi bersama MTF, turut mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan (MOH) kini sedang bersiap sedia untuk mula menawarkan suntikan penggalak Covid-19 kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada suku keempat tahun ini.

Ini selepas pemerintah menerima saranan Jawatankuasa Pakar Mengenai Vaksinasi Covid-19 (EC19V) yang kini mengusulkan agar kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun mendapat satu suntikan penggalak vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty, mulai lima bulan selepas dos kedua siri vaksinasi utama mereka.

Pihak berkuasa juga telah mengesahkan vaksin Covid-19 Spikevax Moderna menerusi Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR) bagi kanak-kanak, termasuk mereka yang berumur enam bulan hingga lima tahun.

Pemerintah akan membuat keputusan berhubung saranan bagi golongan ini tidak lama lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg