Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Pergas umum pakej $320,000 bantu asatizah terjejas

Mar 20, 2020 | 12:00 PM
BANTU ASATIZAH: Dengan penutupan sementara masjid dan tiadanya kelas agama, sumber pendapatan asatizah yang mengajar akan terjejas, kata Pergas.
BANTU ASATIZAH: Dengan penutupan sementara masjid dan tiadanya kelas agama, sumber pendapatan asatizah yang mengajar akan terjejas, kata Pergas. - - Foto fail

PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) pada Jumaat (20 Mac) mengumumkan satu pakej bantuan $320,000 untuk menyokong asatizah bebas yang mata pencarian mereka terjejas dengan Covid-19.

Di bawah Pakej Rahmah (Gracious Package) itu, asatizah akan menerima bayaran sekali sebanyak $150 hingga $400, bergantung kepada beberapa kriteria seperti keanggotaan Pergas dan tempat mengajar.

Selepas itu, mereka akan menerima wang tunai hingga $100 atau hingga $300 setiap bulan bagi tempoh tiga hingga enam bulan, bergantung kepada keadaan kewangan mereka.

Pakej itu juga akan menyediakan peluang kepada asatizah menambah pendapatan mereka dengan menyumbang artikel di wadah media Pergas, atau melatih asatizah lain dalam aspek IT, seperti pembelajaran dalam talian atau media sosial.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat (20 Mac), Pergas berkata dengan penutupan sementara masjid dan ketiadaan kelas agama, sumber pendapatan asatizah yang mengajar akan terjejas.

Dianggarkan terdapat sekitar 232 asatizah bebas di Singapura.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melungsuri laman bit.ly/gracious-package atau www.pergas.org.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg